Friday, August 5, 2011

Ramadhan Al-Mubarak

Salam

Lama benar x ber blogging sejak dikejar dengan tuntutan kerja yang menggila. huhuhu.. seikhlas mungkin melakukan demi rezeki yg halal dan kerana Allah swt.

Sempena bulan yg mulia ni, bagi yang teringin untuk bersedekah dan memperbanyakkan amal jariah boleh la menyalurkan sumbangan kepada Rumah Kasih Sayang (RKS) di Bandar Tasik Puteri Rawang.


RKS menempatkan lebih daripada tiga puluh orang anak-anak yatim/fakir dari umur sekecil 3-4 tahun sampailah yang dah sekolah menengah pun ada, ibu tunggal dan sebagainya.


Setiap hari, perbelanjaan berbuka anak-anak & penghuni di RKS ni lebih kurang RM300.00 kata Ustazah Habidah. Jadi bagi sesiapa yang nak membantu dan menghulurkan sumbangan, boleh lah bank-in ke dalam Akaun Maybank seperti di bawah.... Kalau tolong hebahkan dekat kawan-kawan pasal ini pun boleh, terima kasih banyak-banyak ya :)

This is the link for those siapa2 yg berbesar hati nak membantu anak-anak yatim ini boleh la menyampaikan sumbangan kepada:

Akaun Bank:
MBB 562012003196
KHIDMAT BAITUL MAHABBAH


Boleh hubungi:
Ustazah Habidah 017-3085667
Ustaz Zailan 016-3313539
Pn. Sakinatul Laila 019-2863214 / 017-3448897
Pejabat 03-67342593
E-mail : kbm_2005@yahoo.com.my


Alamat surat menyurat:
Khidmat Baitul Mahabbah (Rumah Kasih Sayang),
No. 29, Jalan 8/8, Bandar Tasik Puteri,
48020 Rawang, Selangor Darul Ehsan.


Program anak angkat yang di anjurkan PSC, selalu leen hanya membantu kakak leen menyediakan keperluan anak angkat dia. Last year was with his lil AMat yg hyper active tu.. hehehe and this year she take up another lil cutey baby girl umor 6 years pulak.
This lil angle also from this RKS.

So, kepada yang ingin bersedekah sila-sila lah yer.. menyalurkan sumbangan ke alamat dia atas atau pun bank in to their accounts.


Akhir kata, Selamat menjalani ibadah puasa dan moga diberkati Allah.

~xoxo~

Tuesday, June 21, 2011

Sepang Super GT

18 - 19 Jun 2011

Last weekend had a chance to go for Sepang Super GT for the year 2011.
Kali ni I get a surprise visit from my honey bear with a GRANDSTAND tickets to watch the Race and Entrace to Femme Fatale party Dj by 4 hot Female deejay from Taiwan, Japan, Malaysia and who? ehehe sorry xsempat pegi dah letih sgt been there for the whole day.. Sangat sangat PANAS okeh! *sigh walaupon penat tapi tak mengecewa kan.
Mari kite layan gambar. Starting from Chinese drums performance to antics and sports car exhibitions.



Chinese drums performance by school kids.. *awesome :)



Kewl kan?!



Lamborghini for birthday?



Yeah baby you gotta choose only ONE! Me or GTR?..tabole tamakk okeh



Orange Lamborghini



Okeh yg ni garang! Jgn tak tau



perghh smart gila!






The one and only in Malaysia.California Ferrari! *Geram tgk merah dia



Last but not least, this is my new secret admirer and I wish I get one of this InsyaAllah


Till next Japan GT




Monday, May 9, 2011

Hentian PUDU Raya berwajah baru

Selalu kalo nak balik SP, mesti pegi Hentian Duta. Since last 16 Apr 2011 PUDU is officially Re-Open, kakak mention "pegi lah beli tiket kat PUDU".. me " ermm PUDU dh buka ka?"

Ok, lepas habis keje gi main squash trus la ajak peneman gi beli tiket kat PUDU. Masa memula lalu depan PUDU.. impression just like.. hmm PUDU dh terang :)
Tidak malap mcm dulu.

Pastu masuk parking then nampak la evry floor yg telah di 'up lift'.
Waaoooww.. makcik jakun ok!!

hmm canteks! ..nice interior arrangements and well planned arrangements of shops and ticketing counter.

Meh kite layan gambar ......
Turun dari parking akan melalui esculator... ermm tp yg tak best.. turun dari tingkat 2 nk ke ruang legar menunggu kene turun tangga!!!
**apa kes kalo makcik bawak beg troli bagai nk turun kene gendong ke bawah!! BERAT weh!.. hmmppff yg ni makcik x setuju!

tgk gambar kat bawah.. excited turun esculator.. pastu nk turun one more floor kene turun ikut tangga..xde esculator


Pastu ni lah Kaunter Tiket No 1 yer adik-adik.. untuk balik EssPee sila lah double confirmkan tiket anda di sini kol berapa, plate no bas berapa..dan sebagainya sebelom turun ke ruang menunggu di bawah.


Ni la ruangan membeli tiket yang diperbaharui.. carperted area with spacious area for a lot of people to move about. Sitting area also provided. Ermm sorry ..sile abaikan kawan makcik yg nak jugak enterfrem masuk blog yer..



Kawasan yg besar disediakan tempat duduk yg selesa. Bagi penumpang yang menunggu di sekitar kaunter membeli tiket.Semua kaunter tiket terletak di tingkat 2. Jadi tak perlu takut "ulaq ayaq" yang suka jual tiket pelesu..


"dik dik nak pegi mana? Ipoh ipoh ipoh jalan sekarang.."


Sekarang ni dah ada sistem paparan perlepasan bas berjadual melalui skrin LCD TV okeh!


Diorg nak buat ala-ala airport laa kunun..


Bole laa.. tapi mak kuciwa sebab bila hari yg nak blk skrin TV ni tak berfungsi laa pulop!! *adeh..apa kes klo ade bende canggih tapi tak fungsi.. potong 1 bintang ! hmmppfftt

Kite zoom in TV skit.. hikhikhik.. okla mase ni show delayed laa canceled laa.. *dalam hati... ooo ok..bagus la wat sistem cengini


Pastu turun la ke tingkat 1 nak tengok2 kawasan sekitar..


Cantik.. senyum lagi.. paparan no platform jelas dan di beri nafas baru. Bersih dan pencahayaan yang lebih baik dari sebelum ni.


OK kan???

ada pintu semi-automatik untuk turun ke ruang Platform di bawah. Sila tekan untuk buka :)


*tekannn.. meh nak try main sekali..*vandalism

Ruang menunggu yang selesa dan besarrrrrrrrr :)

Ruangan selesa telah disediakan.. best laa

So far sangat berpuas hati dengan pembaharuan PUDU sekarang ni. Kita observe kay berapa lama PUDU leh maintain standard..


Mari balik kampung!

Monday, April 11, 2011

Coupon Discount%

Hey ya! Mornin peeps.. Today Monday blues sikit.keje tetap keje cm biasa.Mengema$ meja td jumpa this discount% coupon.

So my Lovelies if you are interested tell me ok?! It is 15% discount for ala carte menu dining in Chakri Palace. Check it out! Siapa2 nk mkn Thai cuisine can have this. Just tell me aite?


Note* Coupon not applicable on eve/public holidays ok!! And oso not applicable with other discount. Macam biasalah kan.. nak meniaga diorg mcmtu laa kann?

Friday, April 8, 2011

S.P.R.I.N.G Cleaning

Ahaks.. laaamaaa Ya Amatss haku tak menghupdate belog kan? siann dia bersawang.. so arini, makcik mem'bibik' kan diri mengemas blog dengan entry pertama untuk lembaran 2011.. Moga lepas ni banyak lagi laa masa untuk meng aktifkan diri dengan blog.

Wednesday, April 21, 2010

Futsal Lagi

Kali ni Futsal anjuran keluarga besar Halliburton. Friendly tournament with all their clients and subsidiary company.

Barisan pemain untuk tournament kali ni..


Kali nie penyertaan dari staff cpoc lebih memberangsangkan. Ada ramai lagi pemain ganti. Cpoc berentapz sebagai 'Public Enemy the return'
Ini lah first time aku bermain sebagai Penjaga Gol. Our GoalKeeper dah sakit kaki beraksi stunt, for the first 4games, dah tak larat. Akhir sekali, aku yang di suruh main sebagai keeper. Haa.. Amik ko! Belasah la kan. But seriously, memang tak reti and penakut bola! Heck, cemana nak main kalo takut bola?
Sila jawab!!
Aku takut bola, bile orang rembat laju² tu haa..tu je!



*WARNING! DO NOT VOMIT BLOOD
Aku xpasan langsung David Beckam no. 23
Nampak sangat aku tak ikut perkembangan dunia bola.
Patut arr xde orang nak no 23 dari awal!!
ahhahaha..layan

Tuesday, April 20, 2010

Hot Air Baloon Fair at Putrajaya

Adala 1 weekend yang panas terik, aritu aku terigin nk gi tengok Hot air balloon secara dekat. Since I missed it last year, so this year, kalo xdpt tengok gak, ader laa org yang akan sentapz 2-3 ari kan.. *hikhikhik



*gelak besar.. ada orang tu xsanggup dengan aksi pujuk-memujuk. Maka terjebak la menjemur diri di kala tengahari rembang yang sangat panaih itiew..di dataran
Putrajaya





Seronok walaupun tak dapat naik. The que to buy the tickets I tell you~~.. mak aii punyalah panjang.Lagi pon bukan belon tuh bawak kite terbang tinggi di udara okeh!! Hot Air ballon tu hanya akan floating, which is the balloon will be kena tambat kat ujung. Tak real sunggoh!!



I rather merasa panaih tengok belon tu terbang tinggi² atas kepala.. ehehhe tu pon dah abih best.


Hehehee *wave..bye²



hahahaa ni haa gambar *ciwi yang first time dapat tengok Hot air balloon..panas terik sampai mata bengakak, kecik sebelah =(








Panas and sangat berpeloh-peloh. Terdengar lak announcement yang later that nite akan ada acara Hot air balloon berirama.. hurm? berirama?? Menari golep² kah?? *ahahhaa.. nak jugak tunggu, nak tengok!!! hehehee ..sebenarnye, sebelah malam nyer lagi canteks, sebab bila api menyala dari Hot air balloon tu, suasana nampak lagi cantik. Ditambah plak dengan lagu, so the hot air balloon adakan blow the fire according to the rythm of the music. ahahaa tu jer dik nun!! Giler gempaks la.. macamlaa balloon tu bleh menari shuffle kan..

Personally I think yang ada mata ni sangat cute!!!





Ni haa masa diorg tengah 'menari' ramai²..lol!!






Hope in future akan ada lagi.. and will have a chance, naik hot air balloon tengok view Putrajaya from a bird's eye..ehehee
cheers!

CPOC Internal Division Bowling

On 18 Apr 2010 CPOC SRC organised yearly Bowling Tournament activities for our company.
Macam biasala event held at Berjaya Times Square (BTS).

Motif sebenar.. makcik nk btau.. dua tahun lepas, makcik R.A.T.U Longkang.. and tahun nie TIDAK lagie..okeh!! waahhahahaa.. bangga okey.. dulu malu, tp syok jugak dpt hadiah. Sekarang tidak lagi.

Note utk diri sendiri : lyn..hehehee tu je ke nak btau? hampehs tol arr =P



note : tahun nie dapat join sekejap ja, abih game terus cabots gi class.. isk*

Friday, April 16, 2010

Wise man says

This is what I found on my friend's status feed today.
And I personally think that it is one of the best word I've ever heard..

When the world says, "Give up", Hope whispers, "Try it one more time"

I'm keeping this words just because I had giving up some hope few days back..

hang on there lyn..cheer up and have faith..alright

Miracles do happens for those who truely believe.


Diet..Diet..Diet

Tak lekang dari mulut perempuan kalau tak concern about diet kan? Dan sememangnya my weight measurement memang macam spring. Naik turun tak menentu. 2 bulan je bleh naik 2-3kilo, and 2-3 bulan gak bleh turun bapa banyak yang dia nak. *iskh

Semalam ader la budak-budak opis ni ada circulate email tentang Diet. Hah, amik cara pengiraan Calorie intake per daily basis. But still I dun consider it right caused they didn't really specify how much or how big the portion of the menu to be exactly consume. Boleh ke? Bagi diameter or a size cokodok? *hmmm.. tapi klo cokodok yang goreng terlebih minyak..yg dah serap by tissue paper bole kire tak? So, bleh agak-agak je la kan?

At least it is worth reading, to know roughly how much calorie we consume in a day. Lagi banyak kita makan means lagi banyak ler calorie yang tersimpan dalam badan sebagai tenaga untuk kita guna. Kalo tak guna, jadik spare tyre la jawabnye yer dik oii.

Meh kite intai apa kata artikel yg dipetik dari website:
http://langsing2u.com/kira-kalori

Apa itu kalori?
Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga.

Adakah badan perlukan kalori?
Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.

Macam mana saya hendak kira kalori dalam makanan?
Biasanya setiap produk yang dijual ada kiraan kalorinya di bahagian “Maklumat Pemakanan” dan kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan.

Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak : Didarab dengan 9 setiap gram.
Contoh: Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi;
Karbohidrat-53g (53g X 4 = 212 Kalori)
Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori)
Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g X4 = 64 Kalori)

Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 280 kalori!

Berapa kalori diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?
Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1600-2000 kalori

Apa akan berlaku jika saya makan lebih pada itu?
Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan.

Berapa kalori dalam makanan orang Malaysia?

Contohnya

Kategori: Kuih Muih

1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk

1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin

1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) = 160 kalori

Kategori: Makanan Segera

1. Peha ayam goreng (satu)KFC ker nie? = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan

1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

Kategori : minuman

1.minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
2.minuman kotak 250g = 105 kal
3.susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
4.susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
5.aiskrim 2 skop = 390 kal
6.susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
7.yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal
8.mentega 2 sudu teh = 75 kal

Berapa yang selalunya orang dewasa makan sehari?
Makan Pagi:
Nasi lemak bersambal (400 kalori) + Telor mata kerbau (21 kalori) + Teh Tarik (120 kalori) = 541 kalori

Pukul 10 pagi:
Kuih karipap 3 biji (390 kalori) + Teh O (20 kalori) = 410 kalori

Makan tengahari:
Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ayam kari (250 kalori) + Dalca Sayur setengah cawan (150 kalori) + Air Tembikai (80 kalori) = 900 kalori

Minum petang:
Kopi susu (120 kalori) + Popia Goreng 3 biji (390 kalori) = 510 kalori

Makan Malam:
Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ikan Tenggiri Masak Merah (142 kalori) + Kangkong goreng belacan (120 kalori) = 682 kalori

Jumlah ( 541 + 410 + 900 + 510 + 682 ) = 3043 kalori .

Apa akan berlaku jika tabiat makan kita seperti di atas berlarutan selama setahun?
Jika lelaki bakar 2500 kalori tetapi makan 3043 kalori sehari maka mereka akan simpan 543 kalori setiap hari sebagai lemak. 543 X 365 hari = 198, 195 kalori Setahun disimpan.

Jadi dalam setahun berat akan meningkat sebanyak 24.77kg!! (198,195 / 8000).

Bagaimana untuk bakar kalori?
Tingkatkan aktiviti harian, berjalan pantas, naik turun tangga, cuci kereta, bersukan, senaman. Kurangkan menonton TV atau bermain permainan computer kerana badan hanya membakar 1 kalori seminit jika kita beraktiviti seperti ini dan ia sama nilai dengan kalori yang dibakar semasa tidur!

Berapa kalori dibakar dengan aktiviti yang kita lakukan?
Kalori yang dibakar bergantung pada berat badan dan ketumpatan tubuh seseorang Berikut adalah kiraan kalori yang dibakar seorang yang seberat 68kg beraktiviti selama sejam.

1) Menonton TV = 40 kalori
2) Berjalan pantas = 300 kalori
3) Bermain bola keranjang (agresif) = 450 kalori
4) Mengemas rumah = 240 kalori
5) Berkebun = 320 kalori
6) Bermain golf (bawa sendiri Club) = 385 kalori
7) Berbasikal statik = 380 kalori
8) Erobik = 405 kalori
9) Ping Pong = 280 kalori

Sebagai pedoman untuk semua. tak salah kan kaloo berkongsi ilmu sama-sama. Courtesy to
http://langsing2u.com/kira-kalori
kerana sudi share very2 useful information.

I post it here, for my future reference and sharing with those who come accross my page.

TERIMA KASIH YER Langsing2u.

Okey.. Selamat menurunkan berat badan!!
Futsal tiap-tiap minggu ok? Jangan mengelat