Monday, August 31, 2009

Bermula hari yg panjang

27 Ogos 09

Hari yg sgt panjang and sibukkk utk aku. Seharian kat tempat keja..ke hulu hilir.. ke printer, amik printing, pastu invoice PO segala bagai.. huk!!! ngn batuk tak abih2 ..terjelir posa aku kehausan..huhuhu penat nak tunggu keja abih kul 4, tp dh janji ngn "artis" kita nie nak bukak posa sekali..aku tunggu smp kat kul6.. tunggu punya tunggu.. "artis" kita nie blk keja, amik "artis" kecik, pastu bertolak la ke KLCC amik aku. Dh la hujan petang tu..terpaksa la dua beranak nie tempuh jem sebab nak buka posa kat Wong Solo ni. "Artis" glamer si Tia tu awai2 lagi dh cabot opis blk umh, mandi dan berwangian nak pi buka posa ngn kitaorg. Hatter umh dier dekat jerk!! Kekwat sunggoh! okeh la kasik can.

Sampai jer KLCC trus zass tuju Wong Solo, pening lalat gak la nak carik.. Sebab Co-Pilot hampeh tak tau jalan!! ahahhaaa.. kena hamput seround kat SMS. Tak cukup mantap SMS bg direction, kenalah tadah telinga kiteorg dengar Tia membebel, smp kurang gakla separuh baldi pahala posa dia. ehehhe sabor jelahh.

Kiteorg smp agak lewat, dh berbuka dekat 10min baru smp tempat kejadian. ehhehe sib bek dh order pre-booked kat tepon. Hampeh btol, Diorg ni punya la nak amik untung, aku order kot talipon utk 2-3org mkn, dibantainya bg aku set utk 4-5 org mkn. Kiteorg masa smp tu..mana nak belek dh.. yg tau lapaaaarrr!! trus serbu la makanan sedapp dh terhidang. "Artis" tegur gak, byk btul yg aku order. Aku yg heran ni memang tak sangka langsung yg diorg nak bg set utk 4-5org mkn. Kene la charge smp 100+ gak.. terkojutz berok aku kat c2. waaa, panaih hati pon ada, tp dh mkn kenyang2 tak kan tak mao bayar kan? aku pon serba salah. Last time masa aku wat entry 1st pasal tempat nie.. idok lerr di charge sedemikian rupe. wawawaaaa.. len kali lebih baik order depan mata. If not, org akan charge korang ikut suka ati jer.. sebab nak untung!! ceh!!
Nie haa muka lapar yg sempat snapp2 gambar b4 and after makan..

Nielah "artis" kita tuh..
*sure ada yg jeles..& tertanya2 cena aku bleh pi mkn2 ngn "artis" nieh??









Licin.. kiterorg mkn.. bahana puasa.. =) hehehe sib bek sedap..kenyang! Alhamdulillah





Ngam2 dekat kul 9pm, gossip sana sikit, gossip situ sikit.. hik! abih pahala posa.. ehhehe we split up Tia blk nek Bumble Bee dia, aku "artis" drop balik kat KLCC. Bear tunggu nak gi amik chocolate chip cookies plak yg orang dh pesan. Aku nak balik penang weekend tue. Pass cookies tuh kat my ol schoolmate. Lama tak jumpa dia..
First time nak jumpa kakak supplier cookies raya tahun nie. Aku belom penah berniaga. Tahun ni baru 1st time berkecimpung dlm dunia bisness cookies Hari Raya nie. Alhamdulillah, sambutan hangat jugak la. Walau tak seberapa, tp tetap balik modal. Hehehehee.. Rezeki..
Next year kita cuba lagi tgk market cemana.
Till, next entry, plak. Panjang ngat dah nie.

Friday, August 28, 2009

Kekasih Gelap

Tgh browsing and surfing, my player spin "Kekasih Gelapku" and "Camelia" Irwanshah..tetiba sayu jer hati dengar lagu tu. Kenapa perlu aku rasa centu? Ada seseorang kah? I'm blank!

Terms yang orang selalu guna for those yang gemar "pasang cable", nie.. a.k.a player lah,romeo la dan mcm2 lagi laa yang seangkatan ngn dia. This is strictly meant to myself ok? Im not saying about anybody here...refer to the one in the songs plssss? If it happen to me, I would hate myself..kuasa Allah who knows.
Bila dah sayang patutnya kita setia pada yang satu. Tapi itulah manusia. Pelbagai ujian & dugaan Tuhan dh letak untuk umat Dia. Hati boleh cair bila-bila masa. Kadang tu orang boleh kata..dia memang chenta habisss buah hati pengarang jantung dia(hubby / boyfren org tu lahh)..tapiiiii (kenapa mesti ada tapii kat statement tu? y?? y?? YYYYY????) at same time kita jumpa someone yang baik, caring and willing to pay as much or mooorree attention to us. Time-time cenni la hati nak cair lahh.. jatuh suka, mula timbul soklan, napa bf aku tak pnah treat aku cenni? napa lah bf aku tak handsome cam dia nie?? every single kekurangan pada partner kita nampak kelebihan yg indah-indah kat org lain. Syaitan mula menghasut dan racun fikiran bagi kita berubah hati.

Perkara ni byk sgt jadi.. No No No, I dont mean you~~~! But who knows right? Persoalan yg timbul kat kepala kadang2 boleh kalih pegangan hati. Itu paling aku tak mao..kalau bole jgn la berlaku langsung kat siapa-siapa. Tu suma angan aku jaa.. aku tau semua tu tak mungkin. Rigt now, at this very moment memang ada kat luar sana tu, tengah facing this situation. Dipersimpangan Dilema.
*sigh...

Kekasih gelap. Kenapa perlu ada kekasih gelap??
Aku tak perlu and I dun need one..
*shuhh...Please go away~~

Thursday, August 27, 2009

I'm Selling CROCS shoes too you know!!


Kids Disney Minnie Jane
Brown/Cotton Candy
RM75
Size: 1,2,3













Kids Disney Minnie Jane
Purple
RM75
Size: 1,2,3













Kids Disney Minnie Jane
Pink
RM75
Size: 1,2,3













Kids Disney Minnie Jane
Red
RM75
Size: 1,2,3














OffRoad - Black/Red
RM85
Size: 7,8,9,10



OffRoad - Green/Orange
RM85
Size: 7,8,9,10







OffRoad - Khakis/Brown
RM85
Size: 7,8,9,10



OffRoad - Navy/Charcoal
RM85
Size: 7,8,9,10







Malindi Leopard Gold
RM 90
Size: 5,6,7,8



Malindi Leopard Cotton Candy
RM90
Size: 5,6






Olivia New Gold
RM 85
Size: 5,6,7,8



Olivia Ultraviolet
RM 85
Size: 5,6,8






Olivia Ultraviolet
RM 85
Size: 5,6,7,8



Olivia Red
RM 85
Size: 5,6,7,8



Closing Date 29 August 09

CEPAT-CEPAT!!! SEMENTARA STOCK MASIH ADA ...
Call me to order..
H/Phone: 012 5500878 (Xylene)
Email:
zaileen_zailyne@yahoo.com

Tempeyek Untuk Hari Raya

Hai Peeps!

Selamat Berpuasa..
Mari-mari tengok.. !! Panas-Panas.. sample baru jer sampai..ehhehee


My signature product:
1. TEMPEYEK KACANG TANAH & IKAN BILIS
2. TEMPEYEK KACANG DHAL & IKAN BILIS
3. TEMPEYEK IKAN BILIS SAHAJA


TARIKH TUTUP TEMPAHAN TEMPEYEK
1 SEPTEMBER 2009 (Baru!!!)
HARI KE11- PUASA
HARGA BARU : RM 30

Tempeyek Kacang Dhal & Kacang Tanah
(contoh macam balang gula-gula kat kedai runcit tuu) 100grm
Sebesar yang saya pegang ni yer kawan-kawan

CHoCoLATE CHiP CooKIES!
RM 23 -1 container bulat
(55 - 60 pieces)

Jem Tart, Resipi tradisi turun temurun..Homemade."Rasa sekali pasti hendak lagiii."
Jem Tart
RM 25 -1 container bulat
(+/- 50 pieces)


Now open to order, Chocolate Chips cookies and Jem tart!!!! CEPAT,CEPAT order, nanti habis!


CEPAT-CEPAT CALL UNTUK ORDER
H.PHONE : 012-5500878 (Xylene)
EMAIL :
zaileen_zailyne@yahoo.com

Ramadhan ke -5

Hari berlalu terlalu lambat disiang hari. Bila malam, rasa cepat sangat. Aku tak sempat nak baca buku, wat homework, basuh baju, lipat kain.. uuwaaaa.. dekat kul 12 baru la nak bleh start baca buku. Time tu aku dah mengantukkkk.. mata pon tak larat sangat dah. Sejak Ramadhan ni, tak sempat pun bgun sahur. Asyiik miss ja. Dah la tido lewat, pagi bila sedar matahari dh sinar terang. Bergegas lak pegi keja. Homework stil tak sempat wat.. aku tension!!.. huhuuh letihnya belajar sambil keja nie =(

Wednesday, August 26, 2009

Lets poco-poco!! Can arr.. you make me confuse lah.

I post an entry about Poco-poco yesterday. To overcome the confusion, I received an email from my sis on the following issues...
Bacalah ekk...


POCO-POCO
Salam,
Alhamdulillah kerana mengingati antara saudara-saudara islam mengenai perkara-perkara berkaitan dengan agama.
Walau bagaimanapun, saya tidak setuju dengan pandangan penulis mengenai tarian poco-poco (bukan pocoh pocoh)… ini adalah kerana ia berkaitan dengan salah satu asal usul keluarga saya.. oleh itu saya tau serba sedikit pasal sejarahnya..
Poco-poco ni memang asalnya dari manado, pulau sulawesi, indonesia.. orang selalu confuse Sulawesi sebagai sebahagian Selatan Filipina, sebenarnya Sulawesi adalah Timur Indonesia.. kemasukan tarian tu dalam budaya di Malaysia ni sekitar tahun 2001-2002 oleh kerana perkahwinan.. lagu tersebut adalah nyanyian orang Manado (Yopie Latul) dan merupakan folk song (lagu tradisional) di sana…lagu tersebut tiada kaitan dengan agama Kristian…
lirik lagu tersebut adalah menjurus kepada cinta seseorang laki-laki terhadap seorang wanita yang meng-confusekan laki-laki tersebut..percintaan menimbulkan rasa gembira sehingga hendak menari… ayat-ayat yang tidak sinonim dengan bahasa malaysia seperti ngana (kau), pe (pergi), pata-pata, pica-pica (pinggul/badan), pusing (pening)..poco-poco maksudnya cantik..sebab tu lirik ada “ngana pe bodi poco-poco” (mana pergi badan cantik) adalah bahasa indonesia/pelat manado.. manakala bahasa sinonim dengan bahasa malaysia adalah bergoyang-goyang, cinta, sayang dan sebagainya sepertimana dalam lirik .
Pasal tarian pula, tarian adalah sejenis line dancing sepertimana tarian-tarian lain termasuk tarian melayu seperti zapin dan joget…langkah-langkah tersebut adalah langkah-langkah asas segala tarian..kiri dan kanan dan belakang dan pusing..kalau dilihat, ia lebih menggambarkan petak daripada salib..kalau nak kata tarian poco-poco menyerupai yoga itu berlainan kerana yoga adalah pergerakan rasmi dalam agama hindu yang menjurus kepada minda..seperti tarian-tarian melayu, ada unsure-unsur bugis, portugis, india dan cina..
Memandangkan poco-poco telah menjadi sebahagian budaya baru di Malaysia, berkemungkinan pandangan penulis adalah pandangan yang lebih kritikal terhadap kemasukan budaya, lagu-lagu dan artis-artis ke dalam Malaysia kebelakangan ini..
Moral kepada cerita saya: Kita harus siasat dan teliti sebelum sampai kepada kesimpulan…Harap maklum..

Dah paham kan?? Tak salah menari poco-poco ni...
Ayuh!! Apa tunggu lagi? Lets dance!!!

Sedikit info about this bisnes.. dah lama I've been thinking, takde ke org yg masak2 kat umh tu nak wat bisness hantar makanan kat org opis?? Aku dah jemu la mkn kat kedai..nak je mkn, masakan dirumah. Orang bujang dan sibuk mcm aku ni tak sempat nak masak & bawak bekal ke opis.. aku rasa bisness Mangkuk tingkat ni sangat bijak. Sambil membeli, kita menderma untuk org yg memerlukan...
Cuba la visit their website..

( MangkukTingkat.com )

Tuesday, August 25, 2009

Cannot Poco-poco arr??

Huhuhu.. aku jugak agak terkejut bila dapat email dr seorg kawan tentang poco-poco nie. Alkisahnye, saya memangla amat berkecimpung dlm poco-poco nie. Mula mengenali ia bila join company skg nie.. bole dikatakan untuk annual dinner dah bapa taun turut-turut we dance poco-poco. Just to had fun!! Takder arr smp nek gila.. tp seronok ok>?

Tp trus dah tak syok bila aku baca email nie.. korang baca la sendiri k?? aku pon tak nak lari akidah just kerana suka-suka.. Kena amik tau jugak asal-usulnya. Kalau betul bagai di kata.. aku harusla meninggalkan kesukaan aku itiew.. layanzzzz

"Assalammualaikum.
Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya.
Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus. Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.
Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib. Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan."
Masya-Allah...penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan seperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua. Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini. Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah Umat islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini.
WALLAHUALAM....

Chocolate Chips berposing

This pixies taken masa wat photoshoot chocolate chips cookies. *Waallah..photoshoot !!..macam artiss. Merasalah cookies aku tu glamer!!!!!!!!
I dun wanna waste the pix, So sajer nak share ngn you ols kat sini....












Mmmm nampak sedapp kan?? I pon tergoda you!

Saturday, August 22, 2009

Counting days


Hehehe, as usual.. every body in my office busy counting on the first day of our production. Tingal 40jer lagi!! M nervous and excited. Betul-betul cam nak peksa. Hari yg di nanti bakal tibaaa!!

Madam Kwan's KLCC


Sempena menyambut bulan Ramadhan yg mulia, kiteorg colleage disponsor makan-makan at Madam Kwan's. First we order what we would like to have, and then while waiting our orders to arrived, suma gadis gila gambar nie berposing lite-lite duluuu..





I ordered Vanilla Milkshake and sebelah tu, Assam Pedas Bawal putih.



Udang Tumis Petaii.. hahaha.. mana udang?? udang dia malu sembunyi disebalik petai.. =P



Ayam goreng..*chop!! drumstick itiew makcik punya!!



This is Broccoli with Muchroom. Hmmm mmm lazatnya.



I forget what it is..tapi rasa macam mushroom salut tepung.



Last Telur dadar..tu our Logistics "Ayah Pin" a.k.a "Rodin Mat Top"..glamer! Hehhe tak sabar dah nak mkn tu..Dia kater aku tak abih2 bergambor. Ko makan yg dlm handphone tu je la leen! ehehheeh =P. Ayah pin nie our marine coordinator based in Songkhla. Kalo dia blk jer, mesti dia blanje mkn asam pedas melaka kat kampung pandan tu. Aku lupa plak nak snappy2 masa pegi c2. Next time k? Kalo tak gi situ, kiteorg gi mkn Ayam penyet kat UTM..Dia selalu blanja kiteorg. Bykk duit dia woo, travel sini sana, elaun dia berkepuk!! ehhehe sebab tu dia tak kisah. Kepulangan Ayah pin sentiasa dinanti.....



Nie pinggan nasik aku.. ehhehe Sikit jer>? Tapi aku amik ulang-ulang kali..hahahah bykkk okey?>


Sangat puas hati makan di Madam Kwan's. The food is good and the service is great. Aku bagi 5bintang. Yeay! So guys.. cubalah makan di Madam Kwan's sekali sekala..kalo selalu poket rabak.

We ols makan dessert lagi after that. But I can't eat no more. Full up to my throat. But my friends shared their portion, Fried Banana Fritters with ice cream. Sagoo Gula Melaka and Cendol. Sorry, masa nie Cannot take picture dy, forgotten! Hehhehee, there's a plate of mix fruits..too I had few slices of papayas, watermelon and honeydew. Kan aku dah kata bykkk kiteorg makan!!



Makan kenyang-kenyang!! Esok dah pose..heheeeehe
Thanks so Much to Mr Tan for the exclusive lunch.
SALAM RAMADHAN YOU OLSSS.
*It was suppose to be yesterday entry.. tak pe la kan, I tak sempat.

Friday, August 21, 2009

Chocolate Chips Cookies Has Arrived!!

KUiH RAYA TELAH TIBA

Hey Peeps!
Nie lah Chocolate Chips cookies yg di war-war kan sebelum nie.. (if you read my previous entry lah). Rasa dia sedap. There's a lot of chocolate chips with chunks of nuts in it. (hazel nuts) no..no cheap nut.. yg nie sedap mia kacang ok?? Tengok tu chocolate chips dia..sedapp cair di mulut.

CHoCoLATE CHiP CooKIES!
1 container bulat
(55 - 60 pieces)


Again, I would like to introduce our Jem Tart, Resipi tradisi turun temurun..Homemade.
"Rasa sekali pasti hendak lagiii."
Jem Tart
1container bulat
(+/- 50 pieces)


Now open to order, Chocolate Chips cookies and Jem tart!!!! CEPAT,CEPAT order, nanti habis!

My signature product:
1. TEMPEYEK KACANG TANAH & IKAN BILIS
2. TEMPEYEK KACANG DHAL & IKAN BILIS
3. TEMPEYEK IKAN BILIS SAHAJA



TARIKH TUTUP TEMPAHAN TEMPEYEK

27 OGOS 2009
HARI KE-6 PUASA
HARGA BARU : RM 30
1 BEKAS BESAR
(contoh macam balang gula-gula kat kedai runcit tuu)


CEPAT-CEPAT CALL UNTUK ORDER
H.PHONE : 012-5500878 (Xylene)
EMAIL :
zaileen_zailyne@yahoo.com


Wednesday, August 19, 2009

Lagu Sekolah

Aku ader lar dulu tu tak ingat dah bila, zaman aku tak berblogging la. Aku dah lupa lirik lagu sekolah. Tetiba satu petang tu aku teringat nak nyanyi lagu sekolah..

Nyanyi la...aku layan feelin' sensorg

Seniors and juniors all gathered here,
Together we marched on without a fear,
Goodwill and happiness we want to share, .... ...
........,

*Erk?? Apa kess.. makcik hilang lirik masa nie.. hmmm jenuh perah otak pikir.
*Think alyn3, think!! Macam masuk "Jangan Lupa Lirik" plak.. Uuuuwaaaa aku tak dak talian hayat. =(

Ingat punya ingat, tapi still tak bleh recall. *sigh.. makcik sedey, masa tu terpikir baru ja bapa taun aku meninggal kan sekolah menengah (bykk tahun gakk laa tiem tue eheheh) tapi lagu sekolah aku dah lupa. Isk. Kecewa.

Pestu semalam dok borak- borak ngn geng Georgianites, depa post lagu sekolah..
*ngehehe hati makcik girangss sekals.

Nieh Tribute to my School.
Everybody stand up please... I'm gonna sing~~
*Tak sedap pi men jauh-jauh! Ade aku kesah cik Senah?

"Seniors and juniors all gathered here,
Together we marched on without a fear,
Goodwill and happiness we want to share,
Everyday's a challenge let's go right ahead,
Onwards we move towards the light,
Resolve our will to face the fight,
Giving our best from day to day,
If there's a will,
there's always a way,
Around the bends of life we'll have to turn,
Near and far fond thoughts will always burn,
St George's St George's we'll ever proclaim,
Honour and uphold you forever praise your name,
St George's St George's we'll always be true,
Our dear St George's Girls' School."

*Aku terharu, dulu masa sekolah notty!! Bila dah finished school baru laa patriotic tu nak serap dalam jiwa..
Sadis~

Lagiii Promosi Tempeyek & Biskut Raya


PENGUMUMAN!!!!!!


TARIKH TUTUP TEMPAHAN TEMPEYEK DI AWALKAN KE :



27 OGOS 2009

HARI KE-6 PUASA



HARGA BARU : RM 30
1 BEKAS BESAR
(contoh macam balang gula-gula kat kedai runcit tuu)

*Sample gambar belom dpt lagi. Akan saya upload latest by Friday.
Tunggguuuu~~!


*Ini disebabkan oleh keadaan kesihatan P/Wan yang tidak begitu mengizinkan. P/Wan bakal pulang ke kampung halaman bagi tujuan rawatan.

Walau bagaimanapun, tempahan untuk Chocolate Chips cookies and Jem tart is still OPEN!!!!

Tuesday, August 18, 2009

Crocs has arrived!

Kasut yang dinanti-nantikan telah tiba!!

Lunch hour td aku bergegas ke BSN nak collect baju raya. *sigh tailor tu janji 15hb tp arini 18hb dahhh tp baju blom siap. Sib bek kan raya lambatt lagi. Maw nya dibuat lagi 2-3ari nak raya dia kata baju aku tak siap..mesti nak marah.. dahla nak balik kampung lagi..uish nightmare, nighmare!! Tak dapat bayang.

After bayar walaupun baju belom dapat, takut terguna duit tu untuk retail therapy plak nanti. Mendung je macam nak ujan masa gerak ke BSN tu. Keluar jer dari building BSN tetiba matahari menyinga panass sampai menggigit kulit. Terasa bahangnya. Aku dahla tak bawak payung. isk.Sib bek sib bek! Jalan plak ke RHB. Ada time lagi, sempat aku janji dlm 1.30 lebih sikit kat depan RHB.

Call kakak tu, then senyum2..dia bagi la aku paper beg. Dengan happy nya aku terima kasut nie.. Hehehehe *sengeh leborr

Dah siap pasang jibbits!!

Side view plak! *ngegegehehehee


Terus pakai nieh tak bukak dahh .... Aku suka!! Aku suka!!
Jibbits tu memang sengaja aku beli lain-lain. Tak nak la sama kaler. Aku suka 2-2kaler nie. Unique, orang len tak wat. Aku wat!! Aku rasa CUTE!! ehehhee...

*Matila kaki penuh bintang!
Psssttt,Bear..jangan discount duit hantaran naa..

Promosi Tempeyek & Biskut Raya


TADAAA...BACK BY POPULAR DEMAND!!!

KUiH RAYA DAN TEMPeYEK
1. TEMPEYEK KACANG TANAH & IKAN BILIS - RM 13
2. TEMPEYEK KACANG DHAL & IKAN BILIS - RM 13
3. TEMPEYEK IKAN BILIS SAHAJA - RM 15


Rangup dan tiada perisa tambahan. Kualiti Tempeyek di susun rapi agar tidak pecah. Di seal agar tidak masuk angin. Sekotak dijual dengan harga RM 13 Sahaja!!! (sekotak +/- 30biji). (Tempeyek P/Wan Gombak)

4. TART NENAS : Kuih tradisional kegemaran ramai. Homemade yang rasanya memang sedap. Dah rasa satu ...mesti nak makan lagi!! (Trademark owner)
Container bulat(+/- 50 pieces)

Jem Tart


Looks Yummylicious eh?!
5. CHOCOLATE CHIP : Resipi Cookies yang diadaptasi daripada Famous Amos! Rugi kalau anda tidak mencuba. Pasti sedap!!!
Container bulat
(500gram = 55-60 pieces)

ISK !! SEDAAAPP NIE..OOoooOO

CEPAT-CEPAT CALL UNTUK ORDER
H.PHONE : 012-5500878 (Xylene)

Virus H1N1.

Sekarang nie kan banyak sangat issue pasal H1N1. So aku pon nak wat la entry tetang topic nie. Banyak dah infor tentang penyakit virus yang menular dikalangan kelompok dunia ini. Mari berkongsi bersama Apa itu sebenarnya H1N1.

Apa itu H1N1?

Viral novel Influenza type A H1N1. Ianya berasal dari Virus Avian Flu atau lebih dikenali (Selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan Swine Flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dalam rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'Air Born' dan menjangkit dari manusia kepada manusia.

Jangka Hayat Virus

Oleh kerana ia adalah viurs yang 'Air Born', ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. Jika selepas tempoh tersebut ia tidak mendapat perumah @ host(badan manusia) ia akan mati. Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan “air ventilation” yang baik....akan 'bersih' dari virus tersebut.

Apa yang perlu tahu?

Asal virus ini
Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di Mexico tapi tidak dilaporkan kepada WHO. Kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrake di Mexico .

Virologi virus H1N1

“Incubation period” yang singkat pada purata 2 hari, dengan julat 1 - 4 hari ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit. Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat-lewatnya hari ke-4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yang berisiko, ia dapat membunuh. jika pesakit adalah seorang yang normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

Cara serangan

Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti Selsema Burung dan SARS) peringkat awal, ia hanya pada 'Trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru-paru dan boleh menyebabkan kematian akibat 'Lung Collapse' ia amat merbahaya kepada golongan yang berisiko tinggi.

Siapa yang berisiko ?

1 Orang yg ada masaalah 'Obesiti' @ Gemuk
2 Perempuan yg mengandung
3 Orang yg ada astmatic
4 Orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar', kanak-kanak yang belum cukup suntikan imunisasi, golongan-golongan yang rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)

* Kematian yg telah dilaporkan terdiri daripada golongan-golongan di atas

Simptom-simptom

Day 1 Rasa kurang sihat, tak bermaya
Day 2 Selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun alaupun telah mkn ubt demam)
Day 3 Rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
Day 4 Sakit dada yg teruk.........jumpa doktor dngan segera.......
Day 5 and above Lung collapse @ Koma

Langkah-langkah kawalan :

1 Golongan-golongan yang berisiko, elakakn daripada kesesakan ( kawasan yang padat dengan orang ramai)
2 Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dengan betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran
3 Elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'
4 Jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan)
5 Jika kurang sihat dan ada ILI ( Influenza Light Illness @ Selsema biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang-sekurangnya 3 ply mask)
6 Untuk orang yang sihat, elakkan dari kawasan yang padat.
7 Jika ada tanda-tanda simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan.
8 Jika sihat, jangan ke hospital atau klinik untuk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi banyak virus.
9 Tak perlu ambil anti-viral @ apa-apa ubat influenza!!!!!!!!!!. Jika sihat dan mengambilnya, akan mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubat-ubat untuk merawat jika terkena jangkitan. Ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubat-ubat tersebut terlebih awal.
10 Vaksin hanya akan 'wujud' seawall-awalnya pada Oktober dan hanya untuk 'frontliner' shj. dan untuk awam selewat-lewatnya pada 2010.
11 Untuk makluman, Influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di Malaysia . dan mengambil masa 6 jam untuk “run test” kepada 1 batch sample. Jika klinik menyatakan mereka boleh jalankan ujian, itu tidak betul. tak perlu ambil suntikan “seasonal influenza” kerana ia tidak berkaitan.
12 Tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi amat perlu untuk kita sama-sama menghadapi outbrake ini. Sama-samalah kita berdoa kepada ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.

Amin.
Courtesy to:
Ini adalah sumber dari taklimat H1N1 oleh Pengarah Kawalan Penyakit Berjangkit dari :
Kementerian Kesihatan Malaysia.
Di Pan Pasific KLIA pada 01.08.2009.

Sila lawati juga : http://www.malaysia-instinct.com/
(Untuk maklumat lanjut H1N1 dan isu-isu lain)

Sebagai ganjaran, terimalah lawak untuk hari ini..