Berikut adalah peringatan untuk semua dan jugak untuk diriku sendiri.
Bab berdua-duaan bukan muhrim nie kan Haram tu, disisi agama, and perkara-perkara macam tu menghampiri zina. Dok tempat gelap dua-dua. Tak boleh ok?!
Setiap hari puas aku ngn bear kena pikir kat mana nak pegi dinner and we would SMS each other to decide where to have dinner tonite.
It's either "Nak pi mana ek dinner mlm ni?" ..."Hmm kita nak pi makan apa malam ni?"... or.."Teringin nak makan apa malam nie?"
Mesti tanya punyalah!! Sampai I'm out of my mind, squeezing my brain thinking where to eat..Kalo sehari dah RM25 Cuba kira!!! Hari-hari dah berapa??
Kalo datang mood teringin nak makan sedap-sedap ker??? Mao gak spend about RM100 plus. *Aiyakkk....That would only happend once a month jer la kan? Dah spend banyak macam tu for one dinner, sok-soknyer memang kiteorg makan mamak la seminggu direct. Hahaha..Tak pun puasala dating!!
Penah gak terpikir, kalo masak sure jimat kan? Nak masak cenna? *kat umah nie perkakas pon tak cukup. Almaklum laaa umah bujang kater kan. Masing-masing sibuk and jarang ada kat umah. Makan luar jela jawabnya. Suma malas nak simpan stock. Nanti busuk camtu jer. Pastu buang. Sayang la kan. Tak baik membazir.
*Ker alasan malas masak sebenarnya?
Sebab orang bujang macam kami nie selalu dating (*mind you..almost everyday) kiteorang memang kenalah explore pelbagai tempat makan yg baru untuk kami rotate dinner setiap malam. *smile..blushh hehehe.
Kene kire suma tu sebab, aku nie plak jenis cepat boring, kalau ari-ari asyik gi tempat yang sama jer. Pastu asyik jumpa waiter sama tiap-tiap ari. Maluuu sey!! Mao jugak orang nie ngata aku.
*"Amboii diorg nie dating hari-hari!!!"
Ada aku kesah???
Aku kesah sebenarnyer..*hik..sentap. kecik ati mak!
Tambah plak waiter tu bila nak amik order, senyum meleret-leret kat kiteorg. Segan nye mak aiii. Aku tak tau nak cakap. huhuhu *pipi merah..pemalu aku nieh taw!!
Aku selalu gi dinner kat area PJ. Sebab tu kawasan terdekat ngn umah aku and paling convienient place for bear to come and pick me up after work. Paling jauh kiteorg penah gi utk dinner, kat Damansara, KJ or Kg Baru. Aku malas lak nak list down nama-nama kedai yang selalu kami lepak. Banyakkk and I've to sit and figure out where and what's the place called.
Time kiteorang bole jumpa tu waktu dinner jer la. Kalo lunch tu memang tak dapat la. Sorang kat Ulu sorang kat Hilir. Jauh, and jem. Waktu plak terhad. Tak dapat la nak tolong ek? Kondisi keaadaan traffic Kota metropolitan ni tak mengizin kan.
Aku heran, orang yg dating pegi mana ek? Selain daripada tengok wayang, pegi shopping mall? Weekdays tak panjang waktu bleh jumpa. Sok nak kene bagun awal nak keje plak. Tak larat la nak gi men bowling malam2. Weekend sesuai la kot. I'm just curious.
"Ada ke orang dating hari-hari macam aku ngan bear ek??"
"Kalo ada, diorang gi mana?"
Bantu la kami... Aku ngn bear dah taktaw nak pi mana... Tak de activity dah pon, dan kami ketandusan tempat makan yg best untuk explore..
*Iskk.. cemana aku tak Gemss cenni, asyik lepak and makan jer..!
Diet konon!! *Chett
PAKAI TONGKAT DAH
13 hours ago
No comments:
Post a Comment