Dah lama tak demam. Sekali demam, mesti dekat seminggu. Hari khamis tu mcm biasa je. Sure org igt aku tipu2 nak amik cuti. Sempat lagi gelak2 kat opis and petang tu dh start coughing. Tataw la plak its a signed yg aku nak demam. Slowly walked to LRT nak blk. Memang rasa tak larat. Tp ok jer. Dlm LRT tu memang sesak as usual, tp kali ni blk kena berasak-asak, kena plak tepi aku ni org dok batuk2. Aduhh, tensi aku. Dh penat aku kalih badan pusing kiri kanan. Aku tak suka org batuk2 dekat aku.
Kat opis nie ada sorang nie. Hijam. Malas tul aku, dh la dia dok batuk dh dekat berbulan2.Org soh gi check endah tak endah jer. Aku memang sakit ati sebab dia batuk tak suka tutup mulut. Aku syak dia la pembawak jankitan kat aku. Enough said about hijam.
Sambungbalk cita tadi. Lepas smp kat stsn dekat ngn umh, aku pon turun, trus je blk. SMS bear tya dia nak dtg tak arini. Dia kata tak bleh dtg. Dia demam, kat site lagi, nnt blk member dia hantar blk. Dia tak larat nak bawak keta. Uh?! Ok...demam? Pikir macam2 dah..tapi tak apa-apa kot. Aku pon singgah kat kedai tepi kaki lima ada jual nasik ayam berempah, bli untuk dinner. Actually aku posa, Dh dekat kul 4 lebih period plak. =( so tak bleh posa. Malu plak nak minum kat office, so blk umh baru minum. So aku sgtla letih and haus time tu. Sampai je umah, tukar seluar je, trus mkn. Mkn pon aku dah rasa lain, Aku mkn slow2 je. Selalu klo aku lapar sgt2 lajuu jer aku mkn. nie tak, slow-slow, siap bleh belek2 butir nasik sebijik-sebijik. Letih sangat kot, aku pikir.
Then, sebab terlalu kenyang, aku nak tunggu dulu b4 mandi, lepak2 dulu. Dok kat bilik, belek majalah. Ntah masa bila plak aku tetido. Yg aku sedar lepas tu badan aku panasss sgt. Waaa..cenna demam lak nieh?? Nak gerak aku rasa tak larat sesangat dah. Yang aku tau aku dh tak bangun2 smp ari Sabtu. Sakit badan mlm tu ya Allah, tuhan jer yg tau. Meracau2 aku nak tido tak bleh. =( Dok sorang2 kat bilik, tak de sapa nak tolong amik air ke hapa pon. Aku gagah gak bgun dekat kul 3.30pagi, tukar baju, pastu carik towel kecik basah ngn air paip jelom kepala.
Sempat sms bear ngan mama gtau aku demam. =( Seharian Jumaat tu aku tido je, bangun semata2 mkn ubt minum air mineral. Dekat-dekat kul 3 bear dtg bawak gi klinik. Hmm, doktor tu kata aku demam biasa ja, (hah?Ye ke biasa? Dalam hati macam tak puaihati, tapi aku lega gakla sebab tak kronik! Takut gakk.) Macam-macam aku tanya doktor tue. "Bukan H1N1 ek?" ..Tenang jer dia kata "Takk.."..mmm.."Ok" Aku tanya lagi. "Kat sini tak check H1N1 ke?".. Doktor tu jawab, "Kalo H1N1, klinik tak buat" ..."Kena pegi GH. Check kat sana". *Dalam hati Alamak!! Jenuh la nak pi. Sapa nak bawak? Bear keja :(
Pastu doktor tu kata lagi, "Takpe, you ok. Takde tanda-tanda tu pun. InsyaAllah takde apa-apa." Lega la sikit. Tp jarang aku tetiba jer demam dan nak batuk. Selalu tekak sakit, rasa cam bengkak dulu kat tekak sebab badan panas kan? Baru arr nak start batuk.
Doktor tu kata, "I give you MC 1day for you to rest." Keluar tu dpt arr antibiotik ngn panadol + ubat batuk, ubat hisap utk skt tekak. MC 1ari. =( Sabtu and Ahad tak Keje katenye. So aku bleh rest kat umh.
Balik tido lagi. Aku bgun semata-mata mkn oti sekeping ngn air mineral, pastu telan ubat. Smp nak termuntah aku rasa mkn oti. Tapi gagah gak la. If not sapa nak layan aku? 1st time demam teruk cenni aku sensorg. Pastu hari Sabtu, aku mintak Syn mai, ingat nak pi check kat hospital la.. Takut gak aku lani tgh hot virus H1N1. Syn tanya nak pesan apa2 ke dia nak beli.. aku mintak dia bli bubur McD ngn Mc Chick, sebab nnt dinner aku mmg tak larat kluar dh. Dia balas SMS aku "Hoi, makan banyak!!". *ngehehe..Aku pikir biar ada food jer. Kat sini tak dak sapa. Aku plak tak larat nak bangun. Nak makan apa la sorang-sorang cenni? Dahla adik aku ni jauh dok kat Uni10 nun. Ingat senang nak hantar dinner plak??
Ingat nak makan tu je la for lunch and dinner.
Happy la sikit Syn mai. Aku bangun dok lepak-lepak tengok Cd sementara tunggu BF dia sampai KL arini. Si Raf tu mai KL dr kampung nek keretapi. Dekat2 kul 2 lebih kot sampai. Aku tak mao la tunjuk aku letih sgt. Satni dia pi SMS Mama, tak senang dok plak orang tua tu. Tak maola mama risau sangat kat aku.
Ingat kot ok dh la lepas Syn mai tu.. tp demam aku masih lagi centu. Ari ahad, bear dh sihat sikit Sabtu pon dh boleh pi keja. After work Bear mai amik aku bawak gi Hospital PPUM.
Huhuuh dugaan sunggoh! Kluar dlm ku; 12.30 centu, aku lapar sgt smp skt perut. Pi mkn kat kedai mamak kat PJ newtown. Tak tau nak mintak apa, tekak rasa tak lalu. Perut plak Gastric time tu. Tak tau nak makan apa, aku pun orderla mee goreng. Mamak tu goreng macam mee kicap ja. aku try jamah, tapi tak bole nak mkn. Aku rasa nak muntah. Perut nie Tuhan ja yang tau. Sakit sangat. Dah tak bole tahan. Aku rasa muka aku pucat, sebab mamak-mamak nie semacam ja dok tengok kami. Mee goreng tu tak berusik pon. 2mulut ja aku makan. Pastu tinggal penuh lagi dipinggan. Aku duduk pon restless. Senget-senget dok pegang perut. Tahan sakit. Bear tak mau makan. Dia worried tengok aku camtu.
Trus bear bawak gi PPUM. Masa sampai tu carik2 parking tak der la susah sgt. Mcm tak ramai org. Tp sekali pi kat kaunter Triage, beratur ramai org. Tunggu dekat 3jam nak daftar nama ja pon. Huhuhu sampai bapa kali tertidor aku tunggu diorg panggey nama. At last naik gak nama aku. Pastu baru nak gi tunggu kat bilik konsultasi. Huhuuhuh tunggu jap jer nama aku dh naik, tp tu sarigan pertama ja. General check ja, blood pressure, temperature aku masih lagii demam time tu. pastu dia soh tunggu kat luar.
Tungguuu la lagi.. Hmmm tungguuu nie mcm forever, dekat kul 4.50 baru doktor panggey nama aku. Masa tunggu tu memang dh menggigil kesejukan. Check2 biasa ja, dia kata aku demam virus ja.Byk kali dia tanya aku " Do you vomit?" ..."No".. Kalo mlm selasa still demam please come back, we may need to take some blood sample. Until now, tak der apa2. Fuhh..lega aku dengar. Tp mcm tak puaihati sebab dia tak check pon slivia mcm kawan aku gi check kat General Hospital. hmm tak pa la, asal aku baik sudah la. Doktor tu bg MC 2ari. Then dpt ubat panadok, ubt selsema ngn ubat batuk. tu je. =( herannya sakit2 badan aku hilang jer trus. pelik. Dia nak rasa angin hospital agaknya. Heran aku. Eiii geram pon ada gak!
Balik umahT tido lagi. Memang tak larat nak watpa dah. Chik tepon dia nak wat air untuk aku. Aku bgun bukak penutup botol. pastu letak botol air atas meja. Elok selesai ja Chik sms kata air tu dh bole minum, aku bgun teguk 2-3 then sambung tido.
Syukur sgt mlm semlm demam dh kurang. Ari ni aku dh boleh mai opis. MC 2ari ja. Masih lagi rasa baki2 sakit badan aritu, Tapi lega banyakk ssesangtt dah.. Arini aku kat opis wat keja sikit-sikit ja. Tak larat sgt nak wat apa pun. Kepala weng lagi. Dengar kata boss aku pon suspected demam gak. Anak dia masuk hospital, arini dia plak demam.
Hopefully cepat la beredar H1N1 ni.. menyeksa kan sungguh. Ya Allah ya tuhanku.. hindarilah aku dr segala bahaya dan penyakit.
Amin.
*Get well soon
PAKAI TONGKAT DAH
13 hours ago
No comments:
Post a Comment