Wednesday, August 26, 2009

Lets poco-poco!! Can arr.. you make me confuse lah.

I post an entry about Poco-poco yesterday. To overcome the confusion, I received an email from my sis on the following issues...
Bacalah ekk...


POCO-POCO
Salam,
Alhamdulillah kerana mengingati antara saudara-saudara islam mengenai perkara-perkara berkaitan dengan agama.
Walau bagaimanapun, saya tidak setuju dengan pandangan penulis mengenai tarian poco-poco (bukan pocoh pocoh)… ini adalah kerana ia berkaitan dengan salah satu asal usul keluarga saya.. oleh itu saya tau serba sedikit pasal sejarahnya..
Poco-poco ni memang asalnya dari manado, pulau sulawesi, indonesia.. orang selalu confuse Sulawesi sebagai sebahagian Selatan Filipina, sebenarnya Sulawesi adalah Timur Indonesia.. kemasukan tarian tu dalam budaya di Malaysia ni sekitar tahun 2001-2002 oleh kerana perkahwinan.. lagu tersebut adalah nyanyian orang Manado (Yopie Latul) dan merupakan folk song (lagu tradisional) di sana…lagu tersebut tiada kaitan dengan agama Kristian…
lirik lagu tersebut adalah menjurus kepada cinta seseorang laki-laki terhadap seorang wanita yang meng-confusekan laki-laki tersebut..percintaan menimbulkan rasa gembira sehingga hendak menari… ayat-ayat yang tidak sinonim dengan bahasa malaysia seperti ngana (kau), pe (pergi), pata-pata, pica-pica (pinggul/badan), pusing (pening)..poco-poco maksudnya cantik..sebab tu lirik ada “ngana pe bodi poco-poco” (mana pergi badan cantik) adalah bahasa indonesia/pelat manado.. manakala bahasa sinonim dengan bahasa malaysia adalah bergoyang-goyang, cinta, sayang dan sebagainya sepertimana dalam lirik .
Pasal tarian pula, tarian adalah sejenis line dancing sepertimana tarian-tarian lain termasuk tarian melayu seperti zapin dan joget…langkah-langkah tersebut adalah langkah-langkah asas segala tarian..kiri dan kanan dan belakang dan pusing..kalau dilihat, ia lebih menggambarkan petak daripada salib..kalau nak kata tarian poco-poco menyerupai yoga itu berlainan kerana yoga adalah pergerakan rasmi dalam agama hindu yang menjurus kepada minda..seperti tarian-tarian melayu, ada unsure-unsur bugis, portugis, india dan cina..
Memandangkan poco-poco telah menjadi sebahagian budaya baru di Malaysia, berkemungkinan pandangan penulis adalah pandangan yang lebih kritikal terhadap kemasukan budaya, lagu-lagu dan artis-artis ke dalam Malaysia kebelakangan ini..
Moral kepada cerita saya: Kita harus siasat dan teliti sebelum sampai kepada kesimpulan…Harap maklum..

Dah paham kan?? Tak salah menari poco-poco ni...
Ayuh!! Apa tunggu lagi? Lets dance!!!

Sedikit info about this bisnes.. dah lama I've been thinking, takde ke org yg masak2 kat umh tu nak wat bisness hantar makanan kat org opis?? Aku dah jemu la mkn kat kedai..nak je mkn, masakan dirumah. Orang bujang dan sibuk mcm aku ni tak sempat nak masak & bawak bekal ke opis.. aku rasa bisness Mangkuk tingkat ni sangat bijak. Sambil membeli, kita menderma untuk org yg memerlukan...
Cuba la visit their website..

( MangkukTingkat.com )

No comments:

Post a Comment